Penerbitan Rempit vs Impak Maksima

Pernah dilaporkan bahawa Rempit vs Impak Maksima asalnya hanya dalam bentuk telefilem, tetapi setelah mendapat sambutan hangat, ia diteruskan dalam bentuk siri TV.[2] Menurut sutradara Ahmad Idham[2], “Dalam siri ini, saya cuba mengubah persepsi masyarakat bahawa mat rempit adalah ‘sampah masyarakat’. Saya tidak mahu menunjukkan sudut negatif mereka. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah mat rempit ini cukup bagus. Mereka mempunyai jiwa ‘berani mati’. Dengan kecekalan dan semangat itu, drama siri ini memaparkan kisah seorang pelumba jalanan yang akhirnya berjaya menjadikan dunia permotoran sebagai kerjaya profesional.”